‘Lelaki’ saya hilang
Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 21 December 2013 | 16:46
“Secara luarannya, saya kelihatan seperti lelaki dan suami lain. Kecuali isteri, orang lain tidak menyedari saya menderita hampir lapan bulan apabila ‘kelelakian’ saya langsung tidak berfungsi. Ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri dan malu terhadap isteri tanpa menyedari ia sebenarnya berpunca daripada perbuatannya mengunci nafsu saya.
Semuanya berpunca daripada sikap cemburu buta Iza. Dia tidak mempercayai kesetiaan saya yang kerap terbang ke luar negara kerana bertugas sebagai pramugara sebuah syarikat penerbangan terkemuka.
Saya langsung tidak menyangka Iza tergamak meminta bantuan bomoh untuk menundukkan saya. Akibatnya saya langsung tiada perasaan terhadap wanita lain walaupun digoda kerana nafsu saya sudah dikunci sejak awal tahun ini.
Akibat perbuatannya yang tidak berfikir panjang, saya hilang sifat kelelakian termasuk ketika mahu ‘bersama’ dengannya walaupun sebelum itu saya lelaki normal.
Lebih menyeksakan, saya turut mengalami masalah lain seperti susah untuk membuang air kecil dan kadangkala mengalami sakit di kemaluan. Kesakitan itu lebih terasa pada waktu malam terutama ketika berada di luar negara.
Perubahan mendadak itu menyebabkan saya sering tertanya-tanya apa kesalahan yang sudah dilakukan sehingga saya bagaikan bangkai bernyawa kerana langsung tidak mempunyai nafsu terhadap wanita.
Sejujurnya saya bukan jenis lelaki yang suka ‘makan luar’ walaupun sudah pasti kadangkala agak ghairah melihat wanita cantik berpakaian seksi.
Pada awal perubahan itu, saya hanya hilang ghairah terhadap wanita lain tetapi normal pada isteri. Bagaimanapun, dua minggu selepas itu saya turut tiada nafsu terhadap Iza menyebabkan saya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.
Saya cuba menyembunyikan masalah ini daripadanya kerana bimbang ia akan meretakkan rumah tangga kami.
Apabila diajak Iza untuk bersama, saya cuba mengelak dengan memberi alasan letih kerana menempuh perjalanan jauh dengan kapal terbang.
Pada waktu itu saya langsung tidak menyangka masalah itu berpunca daripada ‘buatan orang’ sebaliknya menganggap ia sebagai ketentuan Allah. Malah saya langsung tidak menceritakan masalah itu kepada Iza dan rakan-rakan kerana terlalu malu.
Bagaimanapun, akibat tidak tahan dengan penderitaan ditanggung selain rasa bersalah kerana mengabaikan nafkah batin terhadap isteri, saya akhirnya nekad berbincang masalah itu dengan Iza.
Pada awal perbincangan dengan Iza, saya dapat melihat perubahan pada wajahnya yang kelihatan takut. Mungkin dia rasa bersalah kerana melakukan perbuatan itu terhadap saya.
Bagaimanapun, saya masih tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada beberapa malam kemudian, Iza mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam bagi merawat masalah itu.
Pada awalnya saya menolak kerana menyangka masalah itu berpunca daripada saya sendiri dan mahu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit tuan terlebih dulu tetapi Iza tetap beria-ia mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam.
Melihat saya masih ragu-ragu, dia tiba-tiba menangis teresak-esak sebelum menceritakan perbuatannya menggunakan bomoh untuk mengunci nafsu kelelakian saya.
Sudah pasti saya terkejut mendengar pengakuannya selain sedih dengan tindakannya yang tidak mempercayai suami sendiri hingga tergamak melakukan perbuatan menyalahi syariat Islam.
Ketika ditanya kenapa dia sanggup melakukan perbuatan itu, Iza mendakwa terlalu sayangkan saya dan bimbang saya melakukan hubungan terlarang dengan wanita lain kerana kami sering berjauhan.
Saya akui pada mulanya gagal mengawal perasaan tetapi selepas berfikir panjang, saya memaafkannya dan kini masih menjalani rawatan secara Islam untuk memulihkan masalah ini”
--Hmetro
Share this article :
Labels:
Semasa