Home »
Luar Negara
» Mursi didakwa lari dari penjara
Mursi didakwa lari dari penjara
Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 21 December 2013 | 16:13
KAHERAH - MESIR. Bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi dan 132 lagi individu termasuk anggota Hamas bakal dibicarakan atas dakwaan melarikan diri dari penjara Wadi al-Natrun dan membunuh anggota keselamatan ketika kebangkitan revolusi rakyat pada 2011.
Diifahamkan, ia adalah pertuduhan terbaru yang dikenakan ke atas pemimpin itu dalam tempoh seminggu.
Memetik laporan AFP, selain pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM), beberapa anggota gerakan Hizbullah turut dinamakan sebagai defendan.
Khamis lalu, Mursi bersama 35 anggota IM dituduh berkomplot dengan kumpulan asing termasuk Hamas dan Hizbullah untuk melakukan aktiviti keganasan di Mesir pada 2005.
Pada September lalu, pemimpin tersebut didakwa mencetuskan keganasan berdarah yang telah menyebabkan puluhan penunjuk perasaan maut di luar pekarangan Istana Presiden pada Disember lalu.
Dalam perkembangan lain, bekas Perdana Menteri Ahmed Shafeq yang dibebaskan daripada tuduhan rasuah memberitahu beliau tidak akan bertanding jika Ketua Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengisytiharkan pencalonannya dalam pilihan raya akan datang. --Sinar
Share this article :
Labels:
Luar Negara