Najib ke Pekan, Rompin dan Kuantan tinjau banjir
Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 4 December 2013 | 23:02
KUALA LUMPUR: Prihatin dengan keadaan mangsa banjir yang semakin buruk di Pahang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bergegas meninggalkan persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2013 untuk meninjau keadaan di sana.
Presiden UMNO di dalam tweet terbarunya berkata beliau akan ke Pekan, Rompin dan Kuantan untuk menjenguk keadaan banjir di sana.
"Doakan semuanya selamat," katanya.
Sementara itu, setiausaha akhbar Najib, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata perdana menteri terpaksa bergegas ke negeri itu sebaik selesai menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
"Beliau berlepas dari Subang pada jam 12 tengah hari dan dijangka akan turut menziarahi keluarga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan Jamali Jani yang dipercayai hilang dalam banjir di Kuantan malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jamali, 45, dan anaknya Megat Mohd Nazli Jamali, 17, dipercayai jatuh ketika menaiki bot fiber pukul 7.30 malam di Kampung Sungai Isap, Kuantan.
Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Pahang sehingga pagi tadi mencecah 38,323 orang daripada 9,153 keluarga.
Banjir semakin buruk di Pahang dan negeri-negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin meningkat. - BERNAM
Share this article :
Labels:
INFO BANJIR TERKINI,
Jenayah,
Semasa