Home » » Petronas rugi hampir RM40 bilion kerana pembangkang – Najib

Petronas rugi hampir RM40 bilion kerana pembangkang – Najib

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 4 December 2013 | 22:58

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan Syarikat Petroleum Nasional (Petronas) kehilangan hampir RM 40 bilion pelaburan asing akibat sikap sikap pihak pembangkang yang sanggup menakut-nakutkan pelabur dari Taiwan.
Najib berkata pelaburan asing dari Taiwan itu sepatutnya diperolehi untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang Johor.
“Saya ingin bertanya, tidakkah perbuatan pembangkang ini satu pengkhianatan kepada rakyat? Tidakkah
perbuatan mereka ini satu petualangan kepada kepentingan negara?,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-64, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Najib berkata, pemimpin pembangkang bukan hanya sanggup menakut-nakutkan pelabur asing tetapi juga telah menghina penjawat awam sebagai kucing kurap.
“Pemimpin DAP jugalah yang mahu memberhentikan lebih separuh penjawat awam jika mereka memerintah negara ini.” katanya.
Pada 16 November lepas, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun dilaporkan telah menggunakan gelaran ‘kucing kurap’ kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Jeff Ooi kemudiannya memohon maaf setelah digesa berbuat demikian oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh semasa menyampaikan ucapan pada pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang.
Najib berkata dengan sikap pemimpin pembangkang yang sebegitu, adakah orang Melayu, Bumiputera dan rakyat keseluruhan hendak menyerahkan nasib dan masa depan anak cucu mereka.
“Lebih dahsyat lagi, merekalah yang tidak menghargai para perajurit serta anggota-anggota keselamatan yang bermati-matian mempertahankan tanahair, malah mahu mengiktiraf pula komunis sebagai wira bangsa,” katanya, menurut sumber Awani.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger