Home » » Panggilan ‘Anjing Kurap’, ‘Nenek Rasis’ Cerminan Sebenar Peribadi Pemimpin DAP

Panggilan ‘Anjing Kurap’, ‘Nenek Rasis’ Cerminan Sebenar Peribadi Pemimpin DAP

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 14 December 2013 | 01:33


KUALA LUMPUR 13 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah melihat penggunaan gelaran seperti ‘Anjing Kurap’ ‘Nenek Rasis’ dan sebagainya adalah cerminan sebenar keperibadian pemimpin DAP.

Menurut beliau itulah gambaran amalan politik biadap DAP tindakan mereka melabelkan individu tertentu dengan panggilan yang tidak manis seumpama itu bukanlah kali pertama.


“Itulah gambaran yang sesuai diberikan pada DAP. Ini bukan kali pertama pemimpin mereka mengeluarkan kata-kata kesat serta melebelkan individu tertentu terutama yang tidak sehaluan dengan mereka dengan pelbagai gelaran.

“Kerana itu juga, mohon maaf sebenarnya tidak membawa apa apa makna pun kerana saya yakin selepas ini ada lagi ucapan sama akan dikeluarkan oleh mereka kepada pada pihak yang menentang mereka terutama pemimpin dan penyokong BN.

“Saya harap rakyat menilai sikap dan perangai pemimpin DAP. Justeru saya tidak nampak bagaimana permohonan maaf oleh pimpinan DAP boleh menyelesaikan masalah jika perangai dan sikap mereka tidak berubah,” katanya kepada UMNO-Online di sini.


Beberapa hari lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Abdul Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) berikutan gelaran ‘nenek rasis yang digunakannya sebelum itu.

Sebelum ini juga, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi akhirnya meminta maaf di atas gelaran ‘kucing kurap’ yang dilemparkan terhadap kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bulan lalu.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya menambah DAP sebenarnya sangat angkuh selain pimpinan mereka yang selalu beranggapan hanya mereka yang betul dan sering menganggap orang lain salah.

“Sebab itu seringkali mereka letakkan diri mereka seolah oleh hebat walhal mereka sebenarnya tidak mempunyai kecekapan untuk mentadbir. Sebab itu seringkali mereka letakkan diri mereka seolah oleh hebat sedangkan sebaliknya. Sikap seumpama ini dan mewujudkan suasana pentadbiran yang tidak baik ini merugikan rakyat,” ujarnya. -MediaUMNO
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger