Tuesday 3 December 2013

Perkhidmatan Bas RapidKuantan `Lumpuh’


Semua Perkhidmatan bas RapidKuantan di Kuantan, Pahang dihentikan sementara berikutan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.
Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan, Zainurul Hakim Mohamad berkata, bas RapidKuantan beroperasi dengan 46 bas untuk 13 laluan di bandar Kuantan dan kawasan-kawasan sekitarnya.
“Memulakan operasi pagi ini dengan 13 bas untuk lima laluan kerana banjir, perkhidmatan diberhentikan sepenuhnya pada pukul 1 tengahari dengan kesemua bas dipanggil balik ke depoh.
“Kita menutup semua laluan buat sementara sehingga mendapat arahan daripada pihak berkuasa. Kebanyakan jalan-jalan sudah tidak boleh dilalui,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk dengan beribu-ribu mangsa terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran.
Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu. – mynewshub.my