Home » » Suami Isteri Jual Air Ketum Di Berkas Di Besut

Suami Isteri Jual Air Ketum Di Berkas Di Besut

Written By Gaha Belako on Tuesday, 3 December 2013 | 04:18


BESUT, 3 Dis (Bernama) -- Polis menahan sepasang suami isteri dipercayai
bersubahat dengan anaknya menjual air ketum di Kampung Lay Out Gerai Muda, dekat
Jerteh, di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pasangan
suami isteri berusia 55 dan 52 tahun itu diberkas dalam serbuan sepasukan
pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, kira-kira 8.30
pagi di rumahnya yang turut dijadikan tempat memperoses dan membungkus air
ketum.
Menurutnya pasangan itu diberkas ketika berada di ruang tamu rumah mereka
dan pemeriksaan lanjut polis menemui satu bungkusan plastik besar yang di
dalamnya mengandungi 50 bungkus kecil air, dipercayai air ketum.
"Siasatan ke bahagian belakang rumah suspek pula, turut menemui satu guni
lagi daun berwarna hijau seberat 15kg dipercayai daun ketum yang belum
diproses", katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kamaruddin berkata, polis turut menemui 50 lagi bungkusan kecil air ketum
di belakang rumah itu yang menjadikan keselurahan air ketum yang dirampas
berjumlah 100 bungkus.
Beliau berkata, siasatan mendapati daun ketum berkenaan dijual dengan harga
RM25 sekilogram manakala sebungkus air ketum yang dirampas dijual dengan harga
RM2.50 sebungkus.

Katanya, suspek utama yang terbabit memproses daun ketum tersebut adalah
anak lelaki pasangan suami isteri berkenaan yang tiada di rumah ketika serbuan
dijalankan.
Pasangan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah
Seksyen 30(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger