Home » » Usaha Cari Dua Nelayan Hilang Di Laut Diteruskan - Polis

Usaha Cari Dua Nelayan Hilang Di Laut Diteruskan - Polis

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 December 2013 | 04:29


PEKAN, 3 Dis (Bernama) -- Usaha mencari dan menyelamat dua lagi nelayan yang dilapor hilang di perairan Merchong dua hari lepas diteruskan hari ini dengan kawasan operasi diperluas sehingga ke perairan Endau, Rompin.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata anggota pasukan mencari dan menyelamat berdepan kesukaran kerana cuaca buruk yang menyebabkan keadaan laut berombak tinggi.

"Pasukan mencari dan menyelamat itu disertai Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia selain Unit Udara Tentera Udara Diraja Malaysia," katanya kepada Bernama.


Mohamad Isa Awang Ngah, 65, dan anaknya Mohamad Asri, 17, dilapor hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Merchong, Pekan pada Ahad, manakala rakan mereka, Mohamad Sharil Zulkifli, 28, ditemui terdampar dalam keadaan lemah di pantai berhampiran sebuah resort di Rompin pada pukul 8 pagi semalam.

Ketiga-tiga mereka dilapor keluar menangkap ikan dengan menaiki sebuat bot gentian kaca pada pukul 5.30 pagi Ahad.



-- BERNAMA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger