Home » , » Tengku Mahkota Pahang mahu rakyat sabar hadapi banjir

Tengku Mahkota Pahang mahu rakyat sabar hadapi banjir

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 3 December 2013 | 00:17


Kuantan: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu rakyat bersabar dalam menghadapi musibah banjir yang mula melanda negeri berkenaan sejak semalam.

Beliau berkata, hujan lebat sejak Ahad lalu menyebabkan beberapa daerah dilanda banjir termasuk bandar Kuantan yang hampir lumpuh kerana kebanyakan jalan utama sudah dinaiki air.
Katanya, keselamatan perlu diutamakan kerana berkemungkinan banjir akan menjadi lebih buruk memandangkan hujan masih belum reda.

"Saya berharap mangsa banjir bersabar dengan dugaan yang melanda sekarang ini dan mengikut segala arahan daripada pihak berkuasa.
"Banjir kali ini luar biasa hingga hampir menenggelamkan bandar Kuantan dan menyebabkan jalan utama dinaiki air hanya dalam masa satu hari," katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), di sini, sebentar tadi
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger