Home » , » Terkini Banjir 17,383 keluarga, 63,281 mangsa

Terkini Banjir 17,383 keluarga, 63,281 mangsa

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 8 December 2013 | 03:18



KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir Pahang dan Terengganu masih berlegar sekitar 60,000 daripada 17,383 keluarga yang ditempatkan di 199 pusat pemindahan biarpun terdapat sedikit penurunan di Pahang, lewat petang ini.

Mengikut rekod Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, jumlah mangsa keseluruhan di Pahang adalah 40,399 iaitu turun daripada 40,819 yang dicatatkan pada awal pagi tadi.

Mengikut perangkaan, sejumlah 11,746 keluarga kini berada di 149 pusat pemindahan seluruh Pahang selain 162 kampung turut terbabit.

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir adalah 34,090 dengan 10,369 keluarga di 42 pusat pemindahan.
Di PEKAN, jumlah mangsa banjir 3,385 dengan 809 keluarga di 31 pusat pemindahan selain membabitkan 53 kampung.
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger