Home » » Wanita Saman Pekedai Terminum Minuman Ada Air Mani

Wanita Saman Pekedai Terminum Minuman Ada Air Mani

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 21 December 2013 | 00:32


Sydney – Seorang wanita Australia menyaman seorang pekedai selepas meminum air minuman dalam botol didakwa mengandungi air mani, kata peguam plaintif, di sini semalam.
Pemeriksaan DNA terhadap air dalam botol itu didapati ia sepadan dengan pemilik tempat perniagaan berkenaan.
Alicia Cooper mengemukakan saman terhadap pemilik kedai itu di mahkamah Australia Barat yang tidak lagi menjalankan perniagaan berkenaan.
Laporan media itu disahkan firma perundangan mewakili Cooper, Slater and Gordon.
Antara dakwaan dalam saman itu ialah pemilik kedai sengaja memasukkan air maninya dalam botol itu dan menjualnya.
“Saya tahu sesuatu tidak kena dengan air itu,” kata Cooper yang menuntut pampasan dan belanja perubatan atas tekanan dan kemurungan dialaminya selepas minum air itu.
“Tidak mungkin anda fikir perkara seperti ini boleh berlaku pada diri anda. Ia penghinaan kepada anda,” katanya kepada Fairfax Media.
Selepas Cooper membuat aduan mengenai minuman itu kepada Jabatan Kesihatan di bandar Stirling, satu sampel diambil untuk ujian dan mengesahkan ia mengandungi sperma, lapor Fairfax.
Satu sampel DNA diambil daripada pemilik kedai dan ujiannya sepadan sampel dalam air botol itu.
Peguam berkata, tindakan sivil dikemukakan selepas tiada dakwaan jenayah dikemukakan.
Fairfax memetik polis Australia Barat sebagai berkata, mereka berpendapat, ia bukan satu kesalahan jenayah serius. – AFP
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger