Home » » 2 kejar, tembak tiga das

2 kejar, tembak tiga das

Written By Berita Setiap Hari on Sunday, 9 February 2014 | 17:22


Butterworth: Seorang lelaki maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di Blok E, Flat Taman Permai Indah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.50 malam itu mangsa yang berusia 33 tahun dipercayai diekori dua lelaki tidak dikenali sebelum ditembak.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa diekori dari belakang ketika melalui premis sebuah kedai serbaneka menuju ke flat berkenaan.

“Kami percaya mangsa bersendirian melalui kawasan lot premis kedai serbaneka diekori dari belakang sebelum dikejar dua suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.
“Tiga das tembakan itu mengakibatkan mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini mati apabila parah di kepala, leher dan tangan kanan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Berita Setiap Hari | Berita Setiap Hari
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Berita Setiap Hari
Proudly powered by Blogger