‘Saya masih sayangkan Cici’
Written By Berita Setiap Hari on Friday, 7 February 2014 | 19:39
Kota Kinabalu: “Dia isteri saya yang sah dan saya masih sayangkan dia. Saya yakin dia (isteri) dipengaruhi pihak tertentu supaya menuntut cerai,” kata bekas pengurus restoran, Riduan Masmud (gambar), 41, yang kecewa apabila mendakwa tindakan isterinya yang berusia 13 tahun meminta cerai itu sebenarnya dipengaruhi pihak tertentu.
Riduan yang ditemui Harian Metro semalam berkata, dia tidak akan menjatuhkan talak terhadap isterinya dikenali sebagai ‘Cici’ dan berharap wanita itu bersabar.
“Saya akan kembali dan akan merayu semula (terhadap hukuman yang dijatuhkan mahkamah),” katanya.
Riduan sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah terhadap kesalahan merogol ‘isterinya’ itu di Mahkamah Sesyen, Isnin lalu.
Menurutnya, berdosa bagi sesiapa saja yang mahu meruntuhkan ‘masjid’ dibinanya kerana perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama.
--HMETRO
Share this article :
Related Articles
- Kakak Bella direman kerana isu 'live' di TikTok
- Kastam rampas 6 juta batang rokok bernilai lebih RM4 juta
- Dua beranak Rohingya cedera dibakar
- DUN Kelantan lulus usul gubal semula 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah terbatal
- Long Tiger dipenjara 12 bulan
- Eksekutif GLC ditangkap dakwaan rasuah projek jalur lebar
Labels:
Jenayah