Tekap perut nak terburai
Written By Berita Setiap Hari on Monday, 17 February 2014 | 17:13
Alor Gajah: Dua pekerja kontrak warga Vietnam parah selepas ditikam di dada dan perut oleh rakan sekerja mereka di sebuah tapak projek perumahan di Taman Sedri Pelangi, Rembia, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.15 petang, See Dek, 25, ditikam di bahagian kiri dadanya oleh suspek yang juga rakannya berusia awal 30-an di dalam tandas sebuah bangunan di tapak projek perumahan terbabit.
Difahamkan, rakan mangsa, Ad Win, 40-an, yang cemas melihat rakannya terbaring berlumuran darah sambil menekup dada cuba melawan dua suspek terbabit, namun dia turut ditikam di perut sebelum suspek melarikan diri.
Melihat dua suspek yang juga rakan senegaranya itu melarikan diri, Ad Win bingkas bangun mengejar mereka sehingga ke deretan bangunan kedai sambil menjerit meminta tolong sebelum dia tersungkur berhampiran sebuah kedai runcit kerana kecederaan parah dialaminya.
Menurut sumber, ketika kejadian kedua-dua mangsa baru saja berehat untuk makan tengah hari di tapak projek berkenaan sebelum didatangi dua suspek dalam keadaan berang sambil memegang sebilah pisau dan kayu.
--hmetro
Share this article :
Related Articles
- Kastam rampas 6 juta batang rokok bernilai lebih RM4 juta
- Dua beranak Rohingya cedera dibakar
- DUN Kelantan lulus usul gubal semula 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah terbatal
- Long Tiger dipenjara 12 bulan
- Eksekutif GLC ditangkap dakwaan rasuah projek jalur lebar
- Naib presiden Warisan jangka dituduh di Mahkamah KK hari ini
Labels:
Jenayah