Home » » Wanita maut skaf tersangkut pada tangga eskalator

Wanita maut skaf tersangkut pada tangga eskalator

Written By Berita Setiap Hari on Monday 3 February 2014 | 16:33


Seorang wanita, Naima Rharouity, 47, terbunuh selepas skaf yang dipakainya disyaki tersangkut pada eskalator di sebuah stesen keretapi Metro Fabre di Montreal, Kanada, semalam.
Menurut saksi, selepas menyedari skafrnya tersangkut, Naima, warganegara Maghribi yang berhijrah ke Kanada bersama keluarganya, dia cuba membongkok untuk menarik keluar skafnya tetapi lain pula jadinya apabila rambutnya pula tersekat pada eskalator itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tidak sedarikan diri apabila sampai di hujung eskalator yang dinaikinya.Ibu kepada dua anak lelaki itu baru sahaja berhijrah ke Kanada sejak setahun setengah dan ketika kejadian berlaku, suaminya dalam perjalanan ke tanah air mereka untuk menziarahi ibunya yang telah meninggal dunia.
Apa-apa pun peringatan buat kita, agar sentiasa berhati-hati semasa menaiki tangga elektronik ini kerana malang sememangnya tidak berbau, lapor Mynewshub.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger