Home »
Kemalangan
» MH17 - teknologi senjata yang mungkin digunakan
MH17 - teknologi senjata yang mungkin digunakan
Written By Berita Setiap Hari on Friday, 18 July 2014 | 00:03
Jika benar seperti dilaporkan The Washington Post, kemungkinan besar pesawat Malaysia Airlines MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 295 penumpang dan krew yang terhempas ditembak jatuh menggunakan misil surface-to-air yang dilancarkan sama ada Rusia atau Ukraine di kawasan bergolak.
Menurut data penerbangan, pesawat sedang terbang pada altitud 33,000 kaki di mana hanya teknologi sistem pertahanan udara saja yamg mampu menembaknya.
Ada dakwaan dari Kementerian Pertahanan Ukraine yang mengatakan teknologi senjata yang digunakan ialah BUK atau dikenali sebagai SA-11 yang berjarak sederhana. Ia mampu menembak pada jarak penerbangan pesawat MH17.
Versi baru BUK adalah SA-17.
Pihak Ukraine mengatakan mereka tidak menggunakan SA-11 jadi ia dikatakan milik pejuang pemisah.
Satu lagi kemungkinan teknologi senjata yang digunakan ialah Man Portable Air Defense Systems, atau MANPADS yang ringan dan boleh dipikul individu tetapi jaraknya agak terhad. Manakala senjata pemisah sebelum ini iaitu SA-18 hanya mampu menembak pada jarak 11,000 kaki.
--sumber
Share this article :
Labels:
Kemalangan