Home » » Siap sedia laksana perintah berkurung Di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)

Siap sedia laksana perintah berkurung Di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 17 July 2014 | 21:16


Kota Kinabalu: Polis Sabah sudah bersiap sedia melaksanakan perintah berkurung 48 jam di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dalam usaha mengekalkan keamanan di lokasi berkenaan dan kini hanya menunggu arahan kerajaan dan Ketua Polis Negara untuk dilaksanakan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, arahan perintah berkurung itu sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihaknya hanya bertindak sebagai pelaksana.

“Kami akan mengadakan mesyuarat di Semporna hari ini (semalam) untuk membincangkan pelbagai perkara membabitkan keselamatan termasuk perintah berkurung sekiranya dilaksanakan.
“Sudah tentu kami (polis) sudah bersedia,”katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kuih- Muih Aidilfitri Kepada Anggota Keselamatan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, semalam.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Difahamkan, perintah berkurung itu akan berkuatkuasa pada masa tertentu bermula dari perairan antarabangsa hingga ke perairan pantai timur Sabah.
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger