Home » » Bekas exco Selangor DAP dan PKR terima notis pemecatan

Bekas exco Selangor DAP dan PKR terima notis pemecatan

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 13 August 2014 | 05:28


SHAH ALAM:  Exco daripada DAP dan PKR yang dipecat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan telah menerima notis penamatan tugas mereka daripada pihak istana hari ini.

Ia disahkan oleh Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, seperti yang dipetik dari portal The Malaysian Insider.

"Pejabat saya sudah menerima surat penamatan tugas sebagai exco secara rasmi daripada istana," katanya.

Difahamkan, wakil istana dipercayai sudah menyerahkan surat penamatan tugas kepada semua anggota Exco yang terlibat dan kesemua mereka juga telah menerima notis berkenaan kecuali Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong disebabkan pejabatnya berkunci.

Khalid semalam memecat serta-merta enam exco DAP dan PKR - Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan), Rodziah Ismail (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).

Nasib Rodziah bagaimanapun masih kabur kerana Khalid dalam kenyataannya hari ini berkata, beliau memberikan peluang kepada ADUN Batu Tiga itu sekiranya terus menyokongnya sebagai menteri besar.

Khalid berkata, beliau masih menganggap Rodziah sebagai exco yang sah dan akan menunggu pendirian pemimpin wanita itu selepas pulang daripada luar negara.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger