Sunday, 10 August 2014

Fenomena bulan mengambang 'Supermoon' malam ini


Pada Ahad, 10 Ogos warga bumi akan dapat menyaksikan satu fenomena alam yang cantik iaitu detik bulan mengambang paling besar dan terang tahun ini.

Secara teknikalnya, kejadian bulan mengambang paling besar dan terang atau ‘Supermoon’ ini akan berlaku sekali setiap tahun.

Supermoon merujuk kepada kejadian apabila bulan yang mengorbit Bumi dalam elips trajektori berada paling dekat dengan planet kita.

Aktiviti bulan mengambang telah berlaku sebelum ini, namun Supermoon pada Ahad adalah ketika dimana bulan akan kelihatan mengambang pada saiz paling besar dan terang dalam tahun ini.

“Perbezaan antara bulan mengambang kali ini hanya 10 peratus lebih terang “ kata saintis NASA, Shawn Domagal-Goldman.

Katanya lagi, detik itu adalah perkara menarik untuk dinikmati semua apatah lagi ia sering diabaikan dalam kehidupan seharian.

“Walau bagaimanapun pencemaran cahaya mungkin akan menyebabkan kita tidak dapat menyaksikannya” tambah Goldman.

Bagaimanapun jika langit cerah Supermoon pasti cantik dilihat dengan jelas.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/fenomena-bulan-mengambang-supermoon-malam-ini-41636?cp