Home » » Insiden Lahad Datu hanya drama, kata perwakilan PKR

Insiden Lahad Datu hanya drama, kata perwakilan PKR

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 23 August 2014 | 05:25


Perwakilan PKR daripada Perak Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid mendakwa insiden pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu tahun lalu hanya drama semata-mata untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Lumut itu berkata, insiden yang mengorbankan 10 anggota keselamatan itu berlaku 3 bulan sebelum pilihan raya dan pernah berlaku sejak 1986, namun tidak ada tindakan sivil diambil Putrajaya.

"Tetapi pada 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama tetapi selamat.



"Oleh kerana kita lihat ia berlaku 3 bulan sebelum pilihan raya iaitu pada Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk Mac (PRU13)," katanya ketika membahaskan usul politik dalam Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.
Beliau turut menyifatkan istiadat menghormati jenazah mangsa nahas MH17 yang dibawa pulang daripada Belanda semalam sebagai 'berlebihan' berbanding penghormatan terhadap perajurit yang mempertahankan kedaulatan negara.

“Bukan kita kata tidak boleh tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17.

"Bukan kita tidak bersimpati, tetapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang kita mati meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan sebegitu.

"Inilah yang kita minta kerajaan memberi penjelasan kepada kita," katanya. – 23 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/insiden-lahad-datu-hanya-drama-kata-perwakilan-pkr#sthash.BygtxlkP.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger