Istana Negara Buat Laporan Polis Berhubung Tindakan Hina Agong
Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 7 August 2014 | 23:07
Kuala Lumpur – Istana Negara hari ini membuat laporan polis berhubung perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyentuh institusi dan peribadi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melalui laman sosial baru-baru ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman berkata Istana Negara amat dukacita dengan perbuatan berkenaan.
“Pihak Istana Negara telah membuat laporan polis pada pagi ini di Balai Polis Dang Wangi dan memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Laporan media menyebut seorang individu tidak bertanggungjawab telah sengaja menghina Tuanku Abdul Halim dengan memuat naik gambar kemalangan ngeri dengan suntingan wajah baginda di laman Facebook.
Share this article :
Labels:
Semasa