Home » » Kelantan tinggi denggi

Kelantan tinggi denggi

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 6 August 2014 | 17:54


Kuala Lumpur: Sebanyak 325 kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 24 jam sejak semalam.

Menurut laporan dalam laman sesawang iDengue kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kelantan merekodkan kes paling tinggi iaitu 136 kes diikuti Selangor dengan 94 kes.
Sebanyak 124 kawasan di seluruh negara termasuk kawasan dalam daerah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Kota Bharu, Tumpat dan Sibu disenaraikan sebagai lokaliti aktif denggi terkini.

Kawasan komersial yang paling tinggi mencatatkan kes denggi ialah daerah Petaling, Selangor.


Kawasan berkenaan mencatatkan 111 kes secara kumulatif bagi tempoh Januari sehingga Julai lepas.


Bilangan kes denggi di seluruh negara bagi tempoh tujuh bulan pertama sejak Januari tahun ini adalah sebanyak 54,976 kes dan jumlah ini meningkat berbanding 15,400 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 101 kematian direkodkan akibat kes denggi berbanding 31 kematian bagi tahun lalu.

Orang ramai boleh merujuk portal http://idengue.remotesensing.gov.my untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai denggi.-BERNAMA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger