Home » » Mesyuarat isu MB selangor: AJK PAS Pusat bersedia untuk sidang media

Mesyuarat isu MB selangor: AJK PAS Pusat bersedia untuk sidang media

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 16 August 2014 | 21:27


KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS dijangka akan mengadakan sidang media sebentar nanti setelah bermesyuarat hampir dua jam bagi mencapai kata sepakat berhubung kemelut Menteri Besar Selangor yang dilihat turut menggugat masa depan Pakatan Rakyat.

Kelihatan Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat sedang duduk di meja sidang akhbar sambil menunggu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum itu, beberapa ahli jawatankuasa PAS Pusat dilihat mula meninggalkan ibupejabat parti itu sebentar tadi.

Antara yang dilihat meninggalkan bangunan itu adalah Datuk Husam Musa, Nik Abduh Nik Aziz dan Nasruddin Mat Isa.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger