Home » » Terkini PAS cadang Wan Azizah dan Azmin sebagai MB Selangor

Terkini PAS cadang Wan Azizah dan Azmin sebagai MB Selangor

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 16 August 2014 | 21:43


KUALA LUMPUR: PAS hari ni telah mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ia bagi menggantikan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya (PKR) 9 Ogos lalu.

Selain itu, PAS turut mencadangkan empat Exco tetap dalam kerajaan negeri Selangor, namun tidak menuntut jawatan Menteri Besar sebagai tanda komited terhadap Pakatan Rakyat (PR).

PKR pada 22 Julai lalu yang telah menamakan Wan Azizah sebagai calon baru bagi jawatan tersebut yang turut disokong oleh DAP.

Mesyuarat yang berlangsung sekitar jam 10 pagi di Pejabat Agung PAS tadi dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Ia dikatakan menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor selain penanda aras bagikerjasama ketiga-tiga parti dalam PR.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pas-cadang-wan-azizah-dan-azmin-sebagai-mb-selangor-42074?cp
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger