Home » » PKR - Jangan jadikan Pas Terengganu kambing hitam

PKR - Jangan jadikan Pas Terengganu kambing hitam

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 24 August 2014 | 21:18


KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu hari ini mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
 
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.
 
“Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera Pas, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.
 
“Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
 
Beliau mengulas dakwaan wakil PKR Terengganu, Azlan Che Mat dalam kongres PKR di Kuala Lumpur semalam, yang mendakwa PKR "dibuli" Pas Terengganu dalam PRU13 kerana Pas turut menghantar pencalonannya di kerusi yang ditandingi PKR.  - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger