Home » » Punca tandas tersumbat terjawab

Punca tandas tersumbat terjawab

Written By Berita Setiap Hari on Monday 25 August 2014 | 22:19


Kota Bharu – Penduduk di Pintu Geng, dekat sini, gempar selepas rangka manusia ditemui dalam tangki kumbahan najis di sebuah rumah, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, penghuni rumah berusia 39 tahun yang enggan dikenali berkata, kejadian itu disedari sebaik pekerja sebuah syarikat pembentungan selesai melakukan kerja menyedut tangki kumbahan najis itu.
Katanya, sebelum itu dia memaklumkan kepada pihak berkenaan selepas mendapati tandas di bilik air rumahnya tersumbat sejak beberapa hari lalu.

“Selepas 20 minit kerja menyedut sisa kumbahan dijalankan, seorang pekerja terbabit terlihat tengkorak dan beberapa serpihan anggota badan di dasar tangki terbabit sebelum terus memaklumkan kepada kami sekeluarga.
“Sejurus selepas itu, saya menghubungi polis mengenai penemuan rangka berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, lapor Hmetro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger