Home » » Rentang bendera terbesar atas air di pulau perhentian

Rentang bendera terbesar atas air di pulau perhentian

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 30 August 2014 | 00:35

Bendera gergasi ini akan dikibarkan esok di atas permukaan air.
KUALA BESUT - Sekumpulan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akan cuba memecah Malaysia Book Of Record apabila merentang bendera terbesar di atas air di negara ini di Pulau Perhentian di sini pagi esok.

Pengarah program, Siti Asmah Shahidan berkata, ia salah satu acara kemuncak dalam Program Kelab Rekreasi UiTM Shah Alam (Kresma) Merdeka 57, anjuran Kresma bersama Pusat Sukan universiti berkenaan.

Menurutnya, program bermula 25 Ogos lalu dimulai dengan acara ekspedisi berkayak membabitkan 36 peserta bersama pegawai pengiring, yang berkayak sejauh 104 kilometer selama lima hari berakhir esok di Pulau Perhentian.

“Kumpulan itu mula mendayung bermula dari Pulau Kapas ke Pulau Gemia, Pulau Bidong, Redang, Lang Tengah sebelum berakhir di Perhentian,” katanya mengenai program yang mendapat beberapa pihak seperti Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Taman Laut, Polis dan pelbagai agensi lain.

Siti Asmah berkata, acara kemuncak ialah mereka akan memecahkan rekod Malaysia apabila merentang bendera terbesar bersaiz 60x30 meter di atas permukaan air antara Pulau Perhentian Kecil dan Besar.

Menurutnya, majlis pengisytiharan Malaysia Book of Record dijadualkan turut dihadiri Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Abdullah.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger