Home » » Zuraida: Khalid penderhaka yang belum masuk neraka

Zuraida: Khalid penderhaka yang belum masuk neraka

Written By Berita Setiap Hari on Sunday 10 August 2014 | 03:26

SHAH ALAM: Pemimpin-pemimpin PKR malam ini memulakan siri ceramah membidas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah parti itu memecat beliau kerana didapati tidak lagi berwibawa untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mencabar Khalid untuk menubuhkan parti politik baru dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengukur sokongannya di Selangor.

Beliau menuduh Khalid sebagai menderhaka kepada PKR kerana enggan mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan itu.

"Parti memilih Presiden dan sanggup juga (Khalid) ingkar,  bagaimana kita mahu menerima anggota yang bersikap demikian. Derhaka tapi belum masuk neraka lagilah.

"Mestilah ada sikap rendah diri cukuplah lima tahun kita beri untuk beliau mentadbir cara beliau dan sekarang kita minta beliau bagi laluan tapi beliau berdegil,” kata Zuraida.

"Saya cakap tentang etika anggota parti. Harus mematuhi undang-undang parti kalau tidak mahu buat parti sendiri dan jadi MB sendiri,” tambah beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Selangor.

“Lepas ni (saya minta Khalid) buat parti BEBAS ikut pilihan raya tengok boleh menang ke tidak," katanya ketika menyampaikan Penerangan Isu Semasa Selangor kepada rakyat Shah Alam.

Jelasnya lagi, keputusan parti untuk menyingkirkan menteri besar Selangor itu diambil petang tadi setelah parti sabar menunggu penjelasan Khalid bersabit beberapa isu.


"Kami di peringkat kepimpinan tidak mahu sampai ke tahap begini sebenarnya sebab kita malu kita juga tidak mahu mengaibkan orang tapi kita banyak bersabar maka kita ambil tindakan ini,” kata Zuraida.

ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari mengakui Khalid kuat bekerja namun gagal mengimbangkan tugasnya dalam berkhidmat untuk rakyat.

Malah ramai penduduk di kawasan DUNnya di Pelabuhan Klang merungut tidak berjumpa Khalid lebih daripada setahun.

"Bukan kata Khalid tidak baik tapi kita nak lebih baik.

"Sebagai wakil rakyat kena seimbang tugas di kerjaan dan dibawah kena ada. Ada yang mengadu sudah setahun tidak berjumpa dengan ADUN Pelabuhan Klang,” kata Yakob.

Beliau berkata mana-mana parti politik tidak mungkin menerima pemimpin yang tidak sehaluan dengan aspirasi dan perjuangan parti.

"Ini di negeri Selangor, MB ke tempat lain parti politik ke tempat lain. Tidak ada keselarian," ujar beliau lagi.

Beliau menegur Khalid sebagai pemimpin yang “bergerak sendiri” dan bukan secara berpasukan.

"MB selepas ini diharap tidak menjadi pemimpin yang bergerak sendiri tetapi akan bergerak bersama memastikan perubahan-perubahan yang kita harap dapat terus dipacu.

“Ini kerana azam kita bukan sahaja nak pertahankan Selangor tetapi menuju Putrajaya dan Selangor ini adalah asas kita untuk melonjakkan PR,” tambah beliau.
SUMBER > SINI
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger