Home » » BN umum Mat Razi calon PRK Pengkalan Kubor

BN umum Mat Razi calon PRK Pengkalan Kubor

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 10 September 2014 | 09:29


TUMPAT - Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail diumumkan sebagai calon BN untuk PRK Dun Pengkalan Kubor.

Nama Mat Razi diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Khidmat BN Dun Pengkalan Kubor sebentar tadi.

Mat Razi, 49 yang dilahirkan pada 19 November 1965 mula bergiat dalam dunia politik semenjak 1990 sebagai Setiausaha Cawangan Simpangan.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai AJK Umno Bahagian pada tahun 2009 selain menjadi AJK Pemuda Umno pada tahun 2005.

Mat Razi yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah dan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga merupakan  pengasas sebuah sekolah pondok di Kampung Simpangan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger