Home » » Reman 11 pegawai kastam dilanjutkan

Reman 11 pegawai kastam dilanjutkan

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday 10 September 2014 | 22:31


Tempoh tahanan reman terhadap 11 pegawai kastam pelbagai pangkat termasuk seorang pengarah Kastam Negeri dilanjutkan semalam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes berkaitan penyeludupan barang yang tidak dibayar duti kastam.
Dalam satu kenyataan semalam, SPRM berkata mahkamah juga membenarkan tahanan reman selama 7 hari terhadap seorang lagi pegawai kastam yang ditahan semalam yang ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Katanya, 6 daripada 11 pegawai kastam dilanjutkan reman selama 7 hari termasuk seorang berpangkat Datuk dan 4 lagi disambung reman sehingga hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pegawai yang juga bergelar Datuk disambung reman selama 6 hari. Menurut kenyataan itu, mereka yang ditahan berusia antara 35 hingga 58 tahun. Semua pegawai yang ditahan itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya semalam dengan sebuah bas.
SPRM diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais manakala semua pegawai kastam diwakili barisan peguam yang diketuai Gerard Lazarus.
Kenyataan itu berkata, Majistret Mohd Nazri Omran membenarkan permohonan lanjutan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut  Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.
Seramai 12 pegawai kastam ditahan reman 7 hari mulai 4 September lalu selepas ditahan dalam satu operasi khas pada 3 September lalu di Lembah Klang dan Ipoh, Perak. Seorang lagi pegawai kastam yang ditahan reman sejak 4 September lalu dibebaskan semalam tanpa syarat, lapor TMI.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger