Home » » Tiga penjuru di PRK Pengkalan Kubor

Tiga penjuru di PRK Pengkalan Kubor

Written By Gaha Belako on Saturday, 13 September 2014 | 01:29

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Barisan Nasional (BN) dan PAS sekali lagi akan berdepan seorang calon Bebas.

Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kini bersedia di pusat penamaan calon bersama dua orang pencadang.

Pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi dan kini ketiga-tiga calon sudah bersedia di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat bagi menyerahkan borang pencalonan mereka ..

Sementara itu MAlaysiakini melaporkan Proses penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi ini di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Proses itu dijadual berlangsung selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli mengumumkan nama calon yang bakal bertanding dalam PRK itu pada 25 September ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian ADUN sebelum ini, Datuk Noor Zaidi Omar, 57, akibat kanser.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Bagaimanapun, kali ini, PKR menyerahkan kerusi itu kepada PAS yang mempunyai jentera pilihan raya yang lebih kuat di sana, dengan harapan untuk merampas kerusi itu daripada BN.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger