Friday 14 November 2014

Empat nelayan sudah ditemui


Jertih: Empat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam di perairan Pulau Perhentian, dekat sini, Rabu lalu, ditemui dalam keadaan selamat oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), lewat malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut Hasmadi Jusoh, berkata semua mangsa adalah lelaki warga Thailand yang kemudiannya diserahkan kepada polis.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan nelayan terbabit, kira-kira 9 malam tadi.
Menurutnya, kesemua mangsa terbabit kemudian dibawa dengan bot APMM ke Jeti Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan untuk dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.
--sumber-berita harian