Home » » Penganggur didakwa rogol

Penganggur didakwa rogol

Written By Berita Setiap Hari on Tuesday 18 November 2014 | 21:46


KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak salah atas tiga tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan satu di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Mohamad Khairul Azwan, 24, mengaku tidak salah didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Jalan Kubang Kacang, Kampung Parit, Limbat, di sini, pada 21, 22 dan 24 September lalu.

Kejadian pertama berlaku pada jam 8 pagi, kedua berlaku pada jam 3.30 petang, manakala kejadian keempat berlaku pada jam 8 malam.

Ketua-tiga tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan tertuduh yang tidak mempunyai peguam itu merayu mahkamah membenarkan dia diikat jamin.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan kes untuk sebutan semula pada 21 Disember depan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger