'Bakal alami suhu sejuk luar biasa'
Written By Berita Setiap Hari on Friday, 9 January 2015 | 00:14
KUALA LUMPUR: Pertembungan suhu ketara antara tanah tinggi Siberia-Mongolia dan Laut China Selatan, punca utama kepada perubahan cuaca melampau, sekali gus menyebabkan negara bakal berdepan fenomena musim sejuk pada hujung bulan ini.
Pensyarah Kanan Geokimia Marin dan Kajian Paleo-Iklim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hasrizal Shaari, berkata negara dijangka berdepan dengan cuaca musim sejuk seperti yang berlaku tahun lalu akibat tekanan atmosfera di kedua-dua lokasi terbabit.
Katanya, tiupan udara bertekanan tinggi Siberia-Mongolia akan membawa cuaca sejuk ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara ini.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://bit.ly/139AFKl
Share this article :
Labels:
Semasa