Home » » Penumpang Panik, Enjin Pesawat AirAsia Tiba-Tiba Mati !

Penumpang Panik, Enjin Pesawat AirAsia Tiba-Tiba Mati !

Written By Berita Setiap Hari on Saturday 3 January 2015 | 21:05


PEPATAH Inggeris ada menyatakan ‘when it rains it pours’ yang membawa maksud, musibah kadangkala boleh datang sekali harung pada waktu berturut-turut.

Itulah nasib AirAsia apabila diuji dengan satu demi satu masalah secara bertimpa-timpa.

Di saat syarikat penerbangan tambang murah ini sedang jadi perhatian disebabkan tragedi pesawat QZ8501 laluan Surabaya-Singapura yang terhempas di Laut Jawa dan mangsa nahas masih dicari hingga sekarang, berlaku satu situasi cemas melibatkan pesawat AirAsia semalam, juga di Surabaya.

Memetik laporan portal berita Metrotvnews.com, sebuah pesawat yang membawa 120 penumpang laluan Surabaya-Bandung diberitakan tiba-tiba mati enjinnya ketika sudah bergerak di landasan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Apa lagi, suasana ini mencetus panik dalam kalangan penumpang yang ketika itu telah siap memakai tali pinggang keselamatan untuk diterbangkan.

“Pesawat sudah sedia untuk berlepas dan mulai bergerak sebelum bunyi enjin yang bising tiba-tiba mati dan pesawat mulai berundur sendiri.

“Kami semua panik hinggalah pesawat ditarik mundur ke posisi awal kami menaikinya. Krew penerbangan kemudiannya meminta kami segera turun,” cerita salah seorang penumpang pesawat terlibat, Yusuf Fitriadi.

Difahamkan, pesawat yang sepatutnya bertolak jam 9 malam tersebut mengalami masalah enjin yang berpunca daripada monitor starter dan segera diperiksa dan dibaiki oleh juruteknik pesawat.

Yusuf berkata, ketika penumpang berada di ruang menunggu seorang lelaki berpakaian juruterbang muncul lalu menjelaskan bahawa enjin utama pesawat mati disebabkan monitor starter mengalami masalah hang disebabkan tersilap urutan. Justeru ia telah diset semula dan pesawat kembali sedia untuk diterbangkan.

Meskipun begitu ujar Yusuf, majoriti penumpang memilih untuk membatalkan perjalanan udara mereka menaiki pesawat tersebut kerana bimbang jika masalah berulang ketika berada di udara.

Rata-rata mereka yang mengambil keputusan itu juga berpendapat, alasan yang diberikan sebagai penyebab enjin pesawat mati secara tiba-tiba kurang meyakinkan.

Ekoran itu, wang yang telah dikeluarkan oleh penumpang yang mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan mereka dikembalikan semula oleh AirAsia.
-MYNEWSHUB.CC
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger