Punca Sebenar Emma Maembong, Zizan Razak Putus!
Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 8 January 2015 | 21:02
TAK habis lagi nampaknya kisah yang berbangkit ekoran berita putusnya percintaan antara pelawak dan pelakon Zizan Razak serta Emma Maembong.
Jika sebelum ini Zizan meminta pemberita memberi ruang kepadanya ketika disogok soalan berkaitan perpisahannya itu, hari ini menerusi sebuah portal berita, dia akhirnya membuka mulut.
Zizan memberitahu punca sebenar hubungan mereka berakhir adalah kerana hasratnya untuk memiliki sebuah kereta mewah berkuasa tinggi ditentang Emma kerana dianggap membazir!
Tambahnya lagi, sepanjang hubungannya dengan Emma berlangsung tiada perselisihan besar yang dihadapi namun titik tolak daripada keinginannya itulah ia mulai retak.
“Sebenarnya tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.
“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu sendiri. Itu yang jadi punca perpisahan kami,” katanya seperti dilaporkan media tersebut.
Mengakui dia masih mencintai Emma dan berharap hubungan mereka akan kembali seperti sediakala, Zizan turut menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan pelakon jelita itu mengikis duitnya.
Daripada penjelasan Zizan ini nyata hatinya masih kuat inginkan Emma. Jadi jalan penyelesaian terbaik mungkin mereka berdua perlu duduk semuka dan berbincang.
Mana tahu, mungkin keadaan dapat dipulihkan jika kedua-duanya masih menyimpan perasaan pada satu sama lain kan? – MYNEWSHUB.CC
Share this article :
Labels:
Hiburan