Home » » Video Helikopter PDRM mendarat cemas di Tanah Merah ketika misi bantuan banjir

Video Helikopter PDRM mendarat cemas di Tanah Merah ketika misi bantuan banjir

Written By Berita Setiap Hari on Thursday 1 January 2015 | 02:53


TANAH MERAH – Penduduk Kampung Rambai Gobek di sini gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada pukul 6.30 petang semalam.

Beberapa saksi yang ditemui mendakwa, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar di ruang udara kampung itu se­banyak dua pusingan sebelum menjunam ke darat.

Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur, Mohd. Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, dia dan pasukannya pada mulanya menyangka helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.

“Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.

“Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh men­junam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang iaitu tiga lelaki dan seorang wanita,” katanya ketika ditemui.
 Tonton Video Helikopter PDRM mendarat cemas di Tanah Merah ketika misi bantuan banjir
DI YOUTUBE DI SINI 
LINK 1> https://www.youtube.com/watch?v=NDQNrg4HEno
LINK 2>https://www.youtube.com/watch?v=3E4YP76LRW4
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger