Jururawat Hospital Jerteh Ditampar dan Diugut Akan Ditetak
Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 14 March 2015 | 21:22
JERTIH - Seorang jururawat berusia 28 tahun bukan sahaja terima maki hamun, malah dia juga ditolak dan ditampar oleh bapa kepada seorang pesakitnya.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat kesihatan di bandar Jertih
(gambar sekadar hiasan)
Jururawat ynang menjadi mangsa itu kini hidup dalam ketakutan setelah diugut akan ditetak jika dia membuat laporan polis.
Kejadian tersebut berlaku pada jam 5 pagi di mana mangsa ketika itu bertugas di bahagian unit kecemasan pusat rawatan tersebut menerima seorang bayi perempuan berusia empat bulan sebagai pesakit.
Menurutnya, mangsa telah mendapat arahan dari doktor bertugas supaya memasukkan 'Intarvaneous' seta mengambil sampel darah.
Setelah selesai urusan tersebut, bapa bayi itu secara tiba-tiba menjerit dan memarahi jururawat tersebut sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
"Bukan itu saja, bapa pesakit mengarahkan mangsa membuka segala peralatan yang dipasang sambil memaklumkan tidak boleh melihat anaknya diperlakukan sedemikian," katanya.
manakala itu YB iskandar adun jabi kesal dengan kejadian itu.
Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar kesal terhadap pihak yang mengasari seorang jururawat di Unit Kecemasan Hospital Besut dalam kejadian di hospital berkenaan pada 9 Mac lalu.
Menurutnya, tindakan seorang bapa pesakit yang melakukan kekerasan terhadap jururawat terbabit ketika memberi rawatan terhadap anak lelaki itu sepatutnya tidak berlaku.
“Kita menolak sebarang kelakuan tidak sopan dan kasar terhadap petugas di mana-mana hospital sekalipun kerana ia tidak sesuai dengan adat masyarakat kita,” katanya ketika menziarahi keluarga jururawat terbabit di sini.
Mohd Iskandar berkata, tindakan kasar itu bukan sahaja tidak manis sebaliknya boleh menjadi kes polis dan berdepan tindakan undang-undang.
Menurutnya, sebarang ketidakpuasan hati perlu disalurkan dengan cara yang sewajanya agar siasatan dan tindakan dapat dilakukan terhadap pihak berkenaan.
Pada masa sama, Mohd Iskandar meminta pihak hospital juga perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bagi membendung ketidakpuasan hati dalam kalangan pesakit.
“Saya berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara baik antara keluarga pesakit dan pihak hospital,” katanya.
Sinar Harian pada 11 Mac lalu, menyiarkan kisah seorang jururawat berusia 28 tahun membuat laporan polis mendakwa ditampar seorang lelaki yang memarahi jururawat terbabit merawat bayinya yang berusia empat bulan.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, jururawat itu turut mendakwa dimarahi dan diugut lelaki berkenaan agar tidak membuat laporan polis.
Share this article :
Labels:
Jenayah