Home » » NAIB PENGERUSI DAP SABAH HALAU KELANTAN KELUAR DARI MALAYSIA SEBAB HUDUD?

NAIB PENGERUSI DAP SABAH HALAU KELANTAN KELUAR DARI MALAYSIA SEBAB HUDUD?

Written By Berita Setiap Hari on Thursday, 19 March 2015 | 05:41


Malu barangkali kerana DAP yang sepatutnya menjadi telunjuk yang menekan kepala Abdul Hadi Awang, dan telah bercakap besar kepada masyarakat Cina, kononnya boleh membodoh-bodohkan Melayu dan Islam di negara ini, akhirnya hilang penguasaan apabila PAS Kelantan di bawah Ahmad Yaakob dengan 'bantuan' UMNO telah berjaya meluluskan rang undang-undang Syariah II Kelantan sekaligus mewajarkan perlaksanaan hudud sekalipun pada masa yang sama, yang dinamakan hudud sekadar label kerana hukumannya kekal di bawah takzir.
Hudud di Kelantan tidak ada potong tangan, tidak ada pancung, tidak ada potong kaki, rejam atau darah dibalas darah. Yang ada hanyalah hukuman penjara dan denda.
Apatah lagi hudud di Kelantan hanya untuk masyarakat Islam dan Melayu sahaja, bukan untuk keseluruhan penduduk atau pemastautin di Kelantan sepertimana yang sepatutnya perlaksanaan hudud ditetapkan.
DAP sedang kena belasah teruk di kalangan masyarakat Cina sendiri. Bukan kerana kegagalan DAP menghalang hudud daripada dibentangkan dan mungkin dilaksanakan di Kelantan tetapi kerana cakap besar DAP sebelum ini. Sekarang mereka kena troll. Sekarang mereka diperlekehkan kerana asyik bercakap besar sedangkan hakikatnya DAP tidak akan berjaya kerana Melayu-Bumiputera tidaklah sebodoh mana.
Lebih menarik lagi, DAP sebenarnya yang mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak selain menjadikan Pulau Pinang berstatus autonomi walaupun Pulau Pinang sepatutnya dipulangkan kepada Kedah.
Hudud dijadikan alasan pantas untuk menutup matlamat sebenar DAP yang giat mendalangi dan menjadi tangan ghaib di sebalik kegiatan SSKM terutama menerusi sokongan fizikal Lim Kit Siang, Dyana Sofya, Teresa Kok dan sebagainya di kedua-dua negeri itu.
Dan sekarang, Naib Pengerusi DAP Sabah nak halau Kelantan keluar dari Malaysia?
Lawak bangkai jenis apakah DAP ni?

sumber >http://theflyingkick.blogspot.com/2015/03/mak-aiii-naib-pengerusi-dap-sabah-halau.html
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger