Dr Mahathir tidak keseorangan tegakkan kebenaran, kata Muhyiddin
Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 18 April 2015 | 21:22
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menegakkan kebenaran, sambil melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.
Timbalan perdana menteri itu berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.
"Bercakap tentang kebenaran dan keberanian... itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.
"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk 'Engaging the young to criminalise war and energise peace' di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya.
Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini. – 19 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-tidak-keseorangan-tegakkan-kebenaran-kata-muhyiddin#sthash.xMOfGs32.dpuf
Share this article :
Related Articles
- Miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding kadar nasional
- Dakwa tak faham, Awang minta Tiong berhenti menggulung
- Pemandu lori ancam bunuh PMX dipenjara 6 bulan
- Terkini ‘Najib bebas, tunggu Lembaga Pengampunan’
- Lokman Adam kena 2 pertuduhan buat hantaran jelik terhadap PM
- Pas tidak akan tinggalkan Bersatu – Tuan Ibrahim
Labels:
Politik