Home » » Kalau Kit Siang bermoral, minta maaflah

Kalau Kit Siang bermoral, minta maaflah

Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 16 May 2015 | 17:54


MACHANG - " Kalau dia bermoral, menghormati parti lain dan ada prinsip bekerjasama dalam perjuangan parti, (Lim) Kit Siang perlu minta maaf. Dia bercakap tidak kena tempat dan menyentuh dasar perjuangan Pas di rumah Pas sendiri (Kelantan)," kata Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Nik Zawawi  Nik Salleh ketika mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang  yang menolak pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud ) di sini kelmarin.

Kit Siang  mengeluarkan kenyataan tersebut pada ceramah anjuran Pas Kota Bharu, baru-baru ini kerana dikatakan tidak sesuai untuk sebuah negara majmuk.

Nik Zawawi berkata, sekalipun kenyataan tersebut dipercayai pendapat peribadi penasihat DAP itu namun ia menyentuh dasar perjuangan Pas sekaligus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin dan penyokong parti Islam itu.

Katanya, kenyataan tersebut  tidak wajar apatah lagi ketika Pas sedang memperjuangkan Hudud dan Kelantan akan kemukakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan) 2015 itu di Parlimen.

"Dia sepatutnya hormati kerajaan negeri kerana jemputan tersebut pastinya satu penghormatan dari penganjur. Lain kali dia kena lebih berhati-hati. Tak sepatutnya dia sentuh tentang dasar yang hendak dilaksanakan di Kelantan.

"Ini adalah satu pengajaran kepada Kit Siang dan juga penganjur agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan pada masa akan datang. Dalam bertahaluf siyasi ini,  kita  perlu menghormati parti masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan di Markas Dewan Ulama, Labok hari ini.

Hadir sama pada muktamar tersebut, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Hassan Mohamood.

Tambah Zawawi, pelaksanaan Hudud di Kelantan sangat jelas  yang mana tidak dilaksanakan kepada orang bukan Islam  jadi mereka perlu mendalami serta memahaminya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur negatif.

Katanya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan jemputan dan perbincangan mengenai pelaksanaan Hudud  bagi meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam secara menyeluruh.

"Semua rakyat Malaysia perlu  akur dan terima hakikat  bahawa sistem undang-undang sedia ada di negara ini gagal apabila gejala negatif termasuk rasuah , penyelewengan dan jenayah  masih banyak berlaku dan tidak selesai.

" Apa salahnya kita cuba cara alternatif . Undang-undang ini telah terbukti berkesan dan mengapa kita perlu menolaknya," katanya.
-- sumber > http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35457-ada-baiknya-kit-siang-mohon-maaf-majlis-syura
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger