Lemas selepas tergelincir ketika cari udang
Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 16 May 2015 | 04:54
PASIR MAS - Seorang remaja ditemui lemas selepas tergelincir ketika sedang mencari anak udang berhampiran pintu air di Sungai Batu Hampar, Tok Uban di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa Nasaruddin Mohd Shaimi, 19, dipercayai ke sungai berkenaan untuk mencari anak udang untuk dijadikan sebagai umpan sebelum menahan rawai.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh penduduk kampung setengah jam kemudian selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Jenazah mangsa kemudiannya dibawa Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum di serahkan kepada keluarga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Share this article :
Labels:
Semasa