Home » » Sanggup datang jauh curi kabel

Sanggup datang jauh curi kabel

Written By Berita Setiap Hari on Friday 29 May 2015 | 20:54


KAMPUNG RAJA - Tiga lelaki dikatakan sanggup datang dari jauh menaiki sebuah Perodua Kancil untuk mencuri keratan kabel terpakai di sebuah stor milik kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Alor Lintang, dekat sini, munggu lalu.

Mereka dikatakan datang dari Kubang Kerian, Kelantan dan dipercayai melakukan jenayah tersebut untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah.

Sumber mengatakan, nasib malang menimpa ketiga-tiga lelaki itu apabila perbuatan mereka disedari keluarga kontraktor berkenaan menyebabkan dua daripadanya diberkas penduduk kampung.

Menurutnya, pemilik rumah yang juga bapa mertua kontraktor berkenaan, kebetulan berada di kawasan kejadian dan menyedari kelibat ketiga-tiga suspek berhampiran stor terbabit pada lebih kurang jam 10 malam.

Katanya, pada mulanya pemilik rumah menyangka kelibat itu adalah menantunya, namun setelah mendapati menantunya itu berada dalam bilik tidur, dia segera meminta bantuan penduduk kampung untuk menangkap suspek.

"Malangnya kehadiran mereka disedari ketiga-tiga suspek yang bergegas meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun seorang daripadanya berjaya diberkas sementara dua lagi melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Usaha mencari terus dilakukan penduduk bagi mengesan kedua-dua suspek. Seorang berjaya dikesan dan ditangkap lebih kurang jam 1.30 pagi, manakala seorang lagi gagal dikesan dan masih bebas sehingga kini," katanya.

Tambah sumber berkenaan, kedua-dua suspek berjaya diberkas bersama kereta yang mereka gunakan dan kabel dipercayai dicuri di stor berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan memaklumkan, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan turut dirampas, sebuah Perodua Kancil serta segulung kabel elektrik dipercayai dicuri.

"Kedua-dua suspek berusia 26 tahun dan didapati positif dadah selepas melalui saringan air kencing. Suspek yang masih bebas telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan," katanya.





PROMOSI ASTRO NJOI
SIAP PASANG RM263 harga asal rm400 lebih
*Tiada kontrek
*Tiada Yuran Bulanan
Nikmati 25 saluran TV & 20 saluran radio percuma.
Njoi adalah servis TV satelit percuma. Dunia hiburan, pembelajaran dan informasi
cepat daftar selagi stok masih ada
promosi sah sehingga 31/May/05 whatsapp CAL ke no - 01129206584
****SET DERCODER RECOND
(untuk pemasangan dalan negeri terengganu sahaja)
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger