Home » » DAP kesal PAS sanggup jadikan wanita bahan sindiran, perli dan ejekan

DAP kesal PAS sanggup jadikan wanita bahan sindiran, perli dan ejekan

Written By Berita Setiap Hari on Sunday, 14 June 2015 | 07:23



Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dilantik baru-baru ini telah mengeluarkan komen bahawa DAP adalah sebuah parti pengecut dan sebuah parti perempuan berikutan pendirian parti tersebut untuk tidak bekerjasama dengan DAP.

Tidak perlu dibuktikan kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang setahun jagung dalam arena politik, kesungguhan serta fokus DAP dalam perjuangannya menegakkan keadilan, kebebasan dalam menjiwai semangat demokrasi untuk menumbangkan rejim zalim BN yang menjajah tanahair ini selama lebih setengah dekad.

kasthuri 3 Kenyataan Nik Abduh yang berbaur seksis yang telah dilemparkan terhadap kaum  wanita di negara ini menunjukkan kekolotan minda seorang yang sepatutnya dilihat  sebagai pembawa obor generasi muda perjuangan partinya. Ini bukanlah kali pertama  kedudukan serta peribadi kaum wanita diheret menjadi mangsa dalam perbalahan  politik yang dicetuskan oleh puak BN di negara ini. Bezanya, kali ini ia keluar dari  mulut seorang pemuda, dari parti PAS dan bukannya UMNO, MCA, MIC atau Gerakan.  Saya tergamam.

Kenyataan yang telah dibuat dengan niat dan sangkaan buruk terhadap kaum wanita  mencerminkan perwatakan Nik Abduh sebagai seorang yang kuno pemikiran tetapi  perangainya yang kononnya berdarah pahlawan langsung tak tertonjol berdasarkan  gaya hujahnya yang “low-standard” sehingga akhirnya mengheret keperibadian wanita  apabila kehausan peluru.

kemungkinan besar Nik Abduh sudah lupa diri untuk satu tempoh yang agak lama sehingga mempertuhan ideologi patriarki dan dengan bongkak telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersifat jantan dan DAP bersifat perempuan walaupun perbandingan tersebut tidak masuk akal langsung.

Apakah motif sebenar Ketua Dewan Pemuda PAS dalam ejekannya selain daripada menghina perempuan dan menganggapnya sebagai satu objek sindiran, perli dan ejekan?

Saya ingin mengingatkan dengan tegas kepada Nik Abduh bahawa apabila seorang pemimpin mengeluarkan satu kenyataan ‘belum matang’ yang menggunakan perwatakan wanita sebagai kiasan menyindir, maka dia terlupa juga bahawa dalam Pilihanraya Umum yang lepas, jumlah pengundi wanita adalah 6, 664, 474 atau 50.23% berbanding dengan lelaki iaitu 6, 603, 528 atau 49.77%. Ini bererti peratusan keluar mengundi dalam PRU 13 menunjukkan lebih ramai pengundi wanita telah keluar membuang undi berbanding dengan lelaki dan kenyataannya itu telah mengkhianati kepercayaan semua pengundinya.

Bukan sahaja martabat wanita digadaikan dan diperlekehkan sebegini, sebagai seorang anak muda, pemuda-pemudi yang lain juga berasa tersinggung dan malu dengan kenyataan seorang dari “zaman batu” tetapi bertopengkan “pemuda yang seakan berdarah pahlawan”.

Nampak gaya, Ketua Pemuda Dewan PAS seperti terikut-ikut dengan gaya biadab pemimpin BN yang tidak menghormati wanita; seperti yang baru-baru ini dihebahkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Baling Dato’ Sri Abdul Azeez Abdul Rahim yang menggunakan perkataan ‘bocor’ dengan merujuk kepada datang haid kaum wanita dalam perbahasan pindaan Akta Hasutan 1948 awal tahun ini.

Agama Islam mengajar wanita dihormati dan dilindungi. Janganlah pula Ketua Pemuda Dewan PAS termakan dengan umpan sesetengah pihak bagi menyelerakan nafsu jahil mereka, bak kata pepatah habis cupak dari pelelehan.

Kasthuri Patto
Ahli Parlimen Batu Kawan

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger