Mat Sabu letak jawatan agensi kerajaan Pulau Pinang
Written By Berita Setiap Hari on Saturday, 6 June 2015 | 04:04
KUALA SELANGOR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan akan meletak jawatan yang disandangnya di bawah kerajaan Pulau Pinang berkuakuatkuasa minggu ini. Mohamad atau Mat Sabu berkata, jawatan itu adalah ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Air Pulau Pinang serta Ahli Lembaga Halal Hub Pulau Pinang. Katanya, keputusan itu diambil susulan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-61 meluluskan usul tanpa bahas dikemuka Dewan Ulama PAS pusat sebelum ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP. "Ini saya mulakan pada diri saya sebagai mematuhi resolusi ulama, nanti kalau tak patuh, orang akan kata saya lawan ulama pula. "Maka saya mulakan pada diri saya, diikuti dengan rakan-rakan lain di Pulau Pinang dan seterusnya di Selangor. Jangan bimbang kita akan kuat bila kita keseorangan," katanya dalam ucapan penggulungannya sempena muktamar itu, sebentar tadi. DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, hari ini turut meminta pemimpin PAS yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan DAP itu untuk meletakkan jawatan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59626?cv5
Share this article :
Related Articles
- Pas tidak akan tinggalkan Bersatu – Tuan Ibrahim
- Musuh Islam cuba hapuskan kesedaran berpolitik golongan muda Melayu – Hadi
- PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding sembilan kerusi Parlimen, 35 DUN
- Miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding kadar nasional
- Dakwa tak faham, Awang minta Tiong berhenti menggulung
- Pemandu lori ancam bunuh PMX dipenjara 6 bulan
Labels:
Politik