Home » » Padah jalin hubungan sulit dengan isteri orang

Padah jalin hubungan sulit dengan isteri orang

Written By Berita Setiap Hari on Wednesday, 17 June 2015 | 01:35


Kota Bharu – Gara-gara menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, seorang lelaki berusia 31 tahun bukan hanya cedera dibelasah suami teman wanitanya itu, malah rugi lebih RM50,000 selepas kereta Honda Civic Ferio miliknya dilarikan, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.27 pagi di Jalan Kota Darulnaim, di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa sebelum itu diekori suami teman wanitanya bersama tiga rakan sebaik mangsa menghantar wanita lingkungan usia 20-an itu pulang ke rumah di Flat Kampung Sireh, di sini.
“Selepas menurunkan teman wanitanya, mangsa memandu kereta ke Jalan Kota Darulnaim, namun dipintas empat lelaki yang menaiki Perodua Kancil.
“Suspek keluar dari kenderaan dan terus memukul mangsa. Seorang daripadanya adalah suami teman wanita mangsa.
“Mangsa cuba mempertahankan diri sebelum berlaku pergelutan dengan salah seorang daripada suspek yang mengacukan pisau.
“Mangsa cedera di belakang badan ditoreh pisau sebelum suspek merampas kunci kereta mangsa dan melarikan diri bersama telefon bimbitnya,” katanya di sini, semalam.
Katanya, mangsa berlari ke restoran terdekat untuk meminta bantuan orang ramai sebelum dia dibawa ke klinik untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
Beliau berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 395/397, Kanun Keseksaan, lapor Harian metro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger