Home » » Banjir Kelantan - Kerajaan pusat runding harga tanah

Banjir Kelantan - Kerajaan pusat runding harga tanah

Written By Bp Channel II on Saturday, 11 July 2015 | 20:49


KUALA KRAI - Kerajaan pusat dalam proses mengadakan rundingan dengan pemilik tanah di empat kawasan seluas 12.4 hektar di Kuala Krai bagi tujuan penempatan untuk 300 mangsa banjir.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Banjir Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kawasan terlibat ialah 2.4 hektar di Kampung Peria, 3.24 hektar di Kampung Machang, 2.8 hektar di Kampung Manjor dan 3.6 hektar di Gua Ikan.

Menurutnya, kerajaan telah mendapat persetujuan bertulis dari pemilik dan sedang berunding untuk mendapatkan harga yang sesuai.

“Kerajaan negeri membantu kita membuat rundingan dengan pemilik tanah bagi memperoleh harga yang munasabah.

“Jika persetujuan dicapai, kontraktor akan masuk ke kawasan ini untuk melihat tapak,” katanya kepada pemberita ketika menyerahkan empat kunci rumah kekal kepada mangsa banjir di Guchil Lama, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa; Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, merangkap Adun Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman; Jurutera Jajahan JKR, Ahmad Qushairi Ya; Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat; Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Mohamed Zulkifli Omar, wakil ketua jajahan, dan pimpinan Umno setempat.

Bercakap pada sidang media sama, Mustapa berkata, kini terdapat 327 rumah transit seluruh Kelantan.

Menurutnya, Unit Pasca Banjir sedang mengenalpasti rumah transit yang boleh dijadikan rumah kekal dengan melakukan beberapa penambahbaikan.

“Bajet setiap rumah untuk dinaiktaraf kepada rumah kekal adalah sebanyak RM25,000.

“Usaha ini dijangka dapat mempercepatkan proses mangsa tinggal di rumah kekal,” katanya.

Katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), kemungkinan kerajaan akan membiayai kos infrastruktur di kawasan penempatan Limau Kasturi, Gua Musang.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata,  seramai 127 keluarga mangsa banjir masih tinggal di Pusat Latihah Khidmat Negara (PLKN) Gua Musang.

Menurutnya, sepanjang tempoh enam bulan kerajaan memperuntukkan RM2 juta untuk membiayai kos makan minum termasuk pengangkutan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger