Home » » Jangan percaya khabar angin

Jangan percaya khabar angin

Written By Berita Setiap Hari on Sunday, 12 July 2015 | 12:26


Kuala Lumpur: Polis akan ambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang bergaduh, ini tiada kaitan dengan kaum, cuma dua pihak yang bergaduh," tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, malam tadi.
Menurutnya, Polis sudah menahan beberapa individu yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan dan sedang mengesan saki baki individu yang terbabit.
"Polis mengesahkan keadaan di Plaza Low Yat tenang dan terkawal, tiada pergaduhan atau rusuhan. Keadaan dikawal oleh anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur.
"Jangan percaya khabar angin, Polis masih berkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, empat individu berusia 22 hingga 25 tahun ditahan untuk membantu siasatan manakala empat lagi dipanggil untuk memberi keterangan.
Menurutnya, seorang lelaki ditahan sebentar tadi, selepas cuba melakukan provokasi susulan perhimpunan bantahan aman yang dilakukan sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) berikutan tidak berpuas hati dengan insiden berkenaan.
"Saya bagi jaminan pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus dan adil terhadap kedua-dua pihak.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendengar, percaya atau menyebarkan khabar angin dalam media sosial yang tidak ada pengesahan dari Polis," katanya ketika ditemui, sebentar tadi.
Menurut Tajudin, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
"Orang ramai yang mempunyai kemusykilan boleh terus berhubung dengan IPK KL untuk mendapatkan penjelasan.
"Kita percaya akan ada tangkapan susulan selepas ini dan kalau ada keperluan, kita akan panggil NGO yang terbabit untuk membantu siasatan," katanya.
Menurutnya, Polis akan menempatkan anggota dikawasan ini untuk melakukan pemantauan selain memastikan keadaan sentiasa terkawal.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63875#sthash.HUZL3Tg5.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Setiap Hari - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger