Home »
Kemalangan
» Lelaki maut dihempap jentera berantai
Lelaki maut dihempap jentera berantai
Written By Berita Setiap Hari on Friday, 10 July 2015 | 22:49
MACHANG - Seorang lelaki maut selepas dihempap jentera berantai yang dinaikinya di Kampung Paloh Rawa Hilir, di sini, petang, semalam.
Mangsa, Mohd Zamri Shukri, 25, dipercayai dihempap kenderaan berat itu ketika melakukan kerja-kerja di cerun bukit di ladang kelapa sawit dekat sini.
Pegawai Balai Bomba Machang, Nik Mohd Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.41 petang dan sebaik tiba di tempat kejadian mangsa berada di bawah jentera tersebut.
Katanya, pihaknya mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Machang.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan ketika kejadian dia dikatakan sedang bekerja berseorangan.
“Mangsa tinggal berdekatan dan penduduk kampung turut sama membantu mengeluarkan mayatnya di tempat kejadian,” katanya.
Operasi menyelamat itu melibatkan lapan anggota dan terpaksa menggunakan jentera berat lain untuk mengangkat jentera berantai tersebut.
Share this article :
Labels:
Kemalangan