Pas sudah tidak relevan lagi
Written By Berita Setiap Hari on Monday, 20 July 2015 | 07:10
KEPALA BATAS - Parti Pas sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masa kini dan perlu melakukan pembaharuan, dakwa bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baru merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.
Pas masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata, Gerakan Harapan Baru akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.
Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan Pas termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, beliau mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik namun menafikan gerakan itu adalah proksi DAP.
"Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik," katanya. - Bernama
Share this article :
Related Articles
- Miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding kadar nasional
- Dakwa tak faham, Awang minta Tiong berhenti menggulung
- Pemandu lori ancam bunuh PMX dipenjara 6 bulan
- Terkini ‘Najib bebas, tunggu Lembaga Pengampunan’
- Lokman Adam kena 2 pertuduhan buat hantaran jelik terhadap PM
- Pas tidak akan tinggalkan Bersatu – Tuan Ibrahim
Labels:
Politik